dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani
aku memohon laluan nak menulis sikit, walaupun dah nampak macam blog aku dah yahoo club ni..sekadar nak meriahkan group ni dengan
kepelbagaian idea kawan kawan yang diingati selalu.
2-3 hari ni, nampaknya aku dapat 1-2 email pasal orang yg amalkan islam tak boleh nak minta kerja kat syarikat tertentu. dan 1-2 minggu ni juga nampaknya Hamas dan Fatah dah start bergasak balik. dan seminggu nipulak kecoh yang british nak bagi sir pada salman rushdie.APA KENA DENGAN ISLAM?
yang pertama sekali nak diperhatikan ialah diri manusia yang pegang
islam itu. ape betul dia islam, atau sekadar nama sahaja, atau pun syoktak tentu arah kerana berjaya emailkan email2 pasal tuhan, islam dan amalan2?? Ingat pesan nabi, iman bukan barang yang bersangka2 dalam hati, mesti ada perbuatan atau amalan, zahir itu cerminnya pada hati. bukan kita pass email kat orang lepas tu senyum bangga, sedang diri sendiri pun tak buat.apa yang kita sampaikan, kite perlu dan mesti buat dulu. itu kaedahnya. Oleh itu, kita kena amalkan semula islam dalam diri kita dan ini bukan mudah, hanya khusyuk dan ikhlas dalam ibadat beserta taufik allah sahaja yg dapat membantu.
yang kedua, ada yang bertanya kenapa tiada apa2 perbezaan bila dan
lepas buat ibadat? jawapan mudahnya, amalan tak diterima tuhan la. tapi jangan putus asa, jangan berputus asa pada rahmat tuhan.ingatlah, maha kasih tuhan pada makhluknya tak terjangkau akal kita memikirkan.tapi untuk mendapat rahmat tuhan, bukan juga dengan bersangka2, kita kena usahakan dengan cara mencari ilmu sebanyak mungkin dan kita amalkan ilmu itu. Orang yang berilmu tak beramal, dosa besar dan orang yg tak berilmu tapi beramal, sia sia lah jawabnya.Kerana dengan ilmu lah keyakinan akan tuhan mu itu akan hadir.dan segala akan tersingkap.
yang ketiganya, tapis2 lah semua fahaman barat yang asing lagi huru
hara. akal yg tuhan beri pasti akan menuruti islam. cuba cari satu
hujjah denagn fitrah akal yg bersih yang boleh gagalkan hujah islam?
jika ada dan pasti ada, ialah dengan menterbalikkan akal yang fitrah
itu sendiri.
contoh:
jika ikut moral barat,perempuan perlu serlah kejelitaan dengan
tunjukkan apa2 yang cantik pada badan.
jika ikut islam,kecantikan perlu disimpan untuk orang yg memilikinya
sahaja.
kalau ikut akal kurang sihat,islam salah pasal caranya seakan
ketinggalan atau tak moden atau macam perhambaan.
kalau ikut akal sihat, duit pun kita simpan dalam beg duit pasal
berharga sangat takut dicuri.
Dan dari segi hakikatnya, cantik itu akan hilang.oleh itu, tak perlu
dibanggakan benda yang tidak kekal, atau pun yg bukan milik
kita.seumpama kita pinjam kereta, sampai waktunya kita pulangkan
kembali pd pemiliknya.kereta itu bukan untuk diperagakan tetapi hanya untuk digunakan untuk menunaikan keperluan.
yang keempat, buang akan kefahaman tentang dunia ini adalah segala2 nya.jika di zaman U dulu kita selalu berpindah randah, sekadar untuk berteduh, sekadar ada tempat tido untuk ke kelas mencari ilmu, untuk menacari hasilnya kemudian hari, umpamakan yg ini juga sebagai hidup kita di dunia ini.tak usah lah diberat2 kan kepala dengan nak beli rumah, kereta dsb.ambil yg sederhana saja sudah lah.duit yang lebih2 tu pergi sedekah je, kurang sikit soalan "dari mana dan ke mana" waktu di hari pembalasan kelak.sesungguhnya betullah apa kata nabi, bila kita
sudah cinta dunia memang kita kan takut mati, fahamnya, bila kita dah terbelit pada dunia ini, urusan yg lebih penting dan bermakna akan dilupakan.
yang kelima, pada aku, mari kita korbankan diri kita untuk
allah.bermaksud di sini, kita hambakan diri kita sebetul2 nya pada
allah.ape saja yg disuruh dalam al quran atau melalui nabi muhammad
saw, kita buat, tak payah nak soal2.kalau rasa berat, tanya balik diri,
apesal susah sangat nak terima, contohnya hudud? tanya diri betul2.jika tak berpuas hati kerana tak berilmu, kena pergi belajar tetapi jika ilmu itu sudah ada tetapi tetap menentang, maksudnya kau pergi buat dunia yang satu lagi, siap syurga dan neraka sendiri.pasal cara kau berfikir sudah tidak ikut fitrah yang baik.sebenanrnya, kau tak berfikir, tapi hanya mengikut nafsu syaitan yang bersarang di dalam dada itu.
Mudahkan tenaga kita untuk bersolat, kuatkan tenaga kita untuk
berpuasa, ringankan mulut untuk senyum dan bagi salam pada sesiapa
pun,kosongkan beg duit dengan sedekah, kosongkan hati dengan hanya mengingati allah,semangat kan diri kita untuk mencontohi sifat nabi muhammad saw dan para2 sahabat2nya r.a dan ahlul bait baginda r.a. Gunakan akal kita untuk mengembeling idea bagaimana nak dakwahkan islam pada bukan islam. beranikan diri kata salah apada bos jika dia buat salah, kena tetapkan pendirian kita bersama islam ini dalam semua pendapat kita! jadikan hujah kita sentiasa berlandaskan al quran dan sunnah nabinya, pedulikan ape orang nak kata, pedulikan ape orang pandang, kerana mereka sendiri tak tahu bila mereka akan mati!! mereka sendiri tiada keyakinan tentang apa yang mereka pegang, jauhilah mereka kerana mereka inilah munafiq yg perlu dijauhi.
"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quraan menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
ayat 40 surah at taubah
untuk kawan2 ku, di sebelah makam nabi muhammad saw, ada abu bakar ra dan umar ra. satunya tetap baik biar dari mula hingga ke akhirnya, yang satu lagi, mulanya jahat dan jahil tetapi akhirnya umpama kata nabi,"hanya saja tiada nabi selepas ku, jika tidak, pasti umar akan dipilih allah menjadi nabi." jadi, memang semua orang melakukan dosa besar atau kecil, ingat lah akan rahmat keampunan allah mendahului kemurkaanNya!. Jika kita telah melakukan dosa besar sekalipun, itu telah takdir allah yg terlalu banyak rahmat dan hikmat yg tersembunyi. kita gali hikmat ini dengan taubat beserta penyesalan yang dalam. insya allah, rahmat dan hikmat itu akan dinyatakan. pasti dinyatakan.
dan yg rasa macam dirinya tak berdosa pula, fikirkanlah yang ‘UJUB’
sahaja sudah cukup membuatkan kita berenang dalam neraka.
akhir kata, maaflah kepada sesiapa yg terambil masanya membaca mende ni. hanya aku hendak sampaikan opinion aku terhadap umat islam sekarang, semakin lama semakin hanyut dan ditindas. bukan kerana kristian kuat, bukan kerana syiah kuat, TETAPI kita ini yg semakin lemah kerana benda yang tak patut buat kita lemah itulah yg telah melemahkan kita.Betulkan diri kita segera, jangan berlengah lagi..dan dengan segera juga lah kita berjihad untuk ALLAH YANG TIADA TUHAN MELAINKAN DIA dengan tenaga, harta benda, akal, harta menda, nafsu,diri kita dan keluarga kita untuk melawan musuh dalam diri dan yang di luar diri kita.
jangan kau tanya aku ape hasilnya.
selawat dan salam buat nabi, ahlul bait dan sahabatnya.
maafkan kami ya tuhan sekalian alam.
-hamba-